Saturday, March 7, 2009

Mana Pergi Ibu Bapa SKPDL?

07.03.2009.-Mesyuarat Agung PIBG SKPDL ke 31.Sambutan agak menyedihkan.Pelik juga.Murid-murid SKPDL hampir mencecah 700 orang. Tetapi kehadiran Ibu Bapa merosot. Hanya 77 orang yang hadir.Itupun termasuk guru-guru. Kepada ibu bapa yang hadir terima kasih di ucapkan.Anda semua sememangnya peka dengan anak-anak anda.


Sebagai guru saya berasa agak hairan di mana komitmen ibu bapa terhadap sekolah.Mungkinkah ada yang bermain difikiran mereka sekiranya mereka hadir, kemungkinan besar merek dipilih sebagai AJK PIBG..Saya puji sikap Pn Badliyah ex NYDP PIBG 2008/2009.Pada hari tersebut boleh sahaja dia tidak hadir seperti ex YDP PIBG 2008/2009.Pn Badliyah hadirkan diri dan akibatnya tahun ini dia diangkat menjadi YDP PIBG SKPDL 2009/2010.Tahniah keepada Pn Badliyah, walaupun sedang sarat mengandung, tetapi menerima undian dan jawatan berat ini dengan hati terbuka..Jangan serik tau nak datang Mesyuarat Agung tahun hadapan demi anak-anak kita sendiri.


(Pada tahun ini saya nak cadangkan sekolah buat 'Hari Memberi Bantuan RM100' kepada ibu bapa yang ada anaknya di sekolah ini. Saya yakin..Program ini mungkin akan mencatat rekod program terbaik sekolah sepanjang zaman. dan saya yakin ibu bapa sanggup mengambil cuti semata-mata untuk hadir di majlis ini...)


Banyak persoalan-persoalan yang terjawab pada hari tersebut.Inilah tujuan sebenar Mesyuarat Agung PIBG. Bermuzakarah dan bertukar pendapat antara pentadbir dan ibubapa.


Walaupun guru besar tidak dapat hadir kerana ada hal kecemasan, pada hari tersebut, namun Tn Hj Mansor selaku PK 1 telah berjaya membawa mesyuarat ini dan merasmikannya dengan baik. Minta Maaf la Tn Hj, kami tak bagi cenderahati...:).Saya sebagi SU PIBG 2008/2009 melantik Cikgu Abdullah, yang berpengalam di sekolah ini sebagai pengerusi pada hari tersebut.Alhamdulillah.segalanya berjalan lancar.


Pada hari tersebut Majlis berakhir pada pukul 11.44 pagi.


Lihat koleksi foto




Lihat Kak Eton Menjawab soalan Ibu Bapa berhubung isu kantin



Antara Juadah Ringan yang sedap-sedap pada hari tersebut




TERIMA KASIH SEMUA DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS KEPADA AJK PIBG 2009/2010.

No comments:

Post a Comment