Saturday, February 28, 2009

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI FIZIK


KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI FIZIK

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.


Tuesday, February 17, 2009

SU PIBG 2008/2009 Kena Kipas Syiling.....

Alhamdulillah.sujud syukur kepada Allah swt kerana menjauhkan saya dari mara bahaya.Saya terpanggil untuk mencoretkan pengalaman ini kerana ramai rakan taulan skpdl bertanya.terima kasih dengan sikap ambil berat kalian.

7.2.2009 sabtu,sekolah mengadakan prog motivasi tahun 4 dan 5.pagi setibanya di sekolah saya terus kedewan membantu ust zul dan ust faizal membetulkan lcd pojektor syiling yang rosak. oleh kerana lcd sedia ada tidak boeh digunakan saya cuba menggantikan dengan lcd lain. segalanya berjalan lancar. semasa hendak menyambungkan serial port vga laptop ke lcd (yang dilekatkan pada syiling ), dalam keadaan spontan, saya terangkat tangan ke atas kerana ingin membetulkan keadaan lengan baju yang kurang selesa. Dan ketika itulah kipas syiling membelah ibu jari saya. Darah sedikit terpercik di atas cermin mata.

Macam mana tangan saya boleh kena kipas?...saya guna meja la untuk sampai ke LCD projektor tu...tak sedar langsung kipas terpasang....benda nak jadi...isk isk...

Dewan tergamam seketika mendengar kipas syiling berbunyi kuat seperti menghentam sesuatu.Terima kasih kepada cikgu Thoupek PK KOKU SKPDL. dialah orang pertama merawat saya dengan perkakas kecemasan. tidak lupa kepada ustaz soupian orang pertama yang sedar ketika itu saya pucat nak pitam.dengan bantuan awal kepakarannya, keadaan saya stabil semula. ustazah mastura yang mendermakan minyak cap kapaknya juga jutaan terima kasih. thanks juga kat Ustaz Nordin yang membawa saya ke klinik DR ABDUL RAHIM,2-D, Pangsapuri Garuda,11900 Bayan Lepas.Klinik ni memang best sebab Drnya Best.

Alhamdulillah.Tidak ada kecelakaan buruk yang berlaku.hanya satu jahitan sahaja di ibu jari.Terima Kasih juga kepada pentadbiran SKPDL kerana membayar sedikit daripada jumlah perubatan saya.

Moralnya...tutup kipas angin sebelum menggantikan lcd projektor syiling.berhati-hati buat keja...:)


rawatan kecemasan daripada cikgu thoupek PK Koku


rawatan selepas ke klinik Dr Abdul Rahim


keadaan tangan selepas dibuka balutan.

Sunday, February 15, 2009

MOTIVASI vs MOTIMATI

7.2.2009...Alhamdulillah..program motivasi tahun 4 dan 5 berjalan dengan lancar.semua murid nampaknya memberi tumpuan sewaktu penceramah memberikan tip-tip dan panduan.paling memilukan apabila penceramah memasang video ibu yang sedang berjuang melahirkan anak melalui pembedahan..rata-rata murid jijik melihat video tersebut..

kata penceramah motivasi kepada adi-adik..sesiapa yang jijik melihat..dia tidak akan berjaya dalam hidupnya...

itulah sikap murid-murid kita..mereka kurang didedahkan dengan maklumat luar..sebagai guru saya pernah bertanya soalan apakah yang kamu tahu tentang ISRAEL kepada murid tahun 5....sedihnya ada yang menjawab ISRAEL tu apa..zionis tu negeri mana...sebab apa palestin berperang..palesti kat mana...

Nak salahkan mereka, tak boleh jugak..tv kita banyak sangat hiburan...ASTRO saja berpuluh channel hiburan...

Motivasi pada 7.2.2009 harap2 berjaya memberi impak positif kepada murid2.jangan selepas motivasi mereka terus lupa motivasi dan terus jadi motimati...

Wednesday, February 11, 2009

SAMBUTAN VALENTINE

HUKUM SAMBUTAN VALENTINE DAY .

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas baginda Muhammad s.a.w., kaum keluarga dan sahabat-sahabat baginda.


Allah telah memilih Islam bagi kita sebagai agama kita dan Dia tidak akan menerima mana-mana agama lain dari sesiapapun, sebagai mana Dia berfirman (yang bermaksud):-
“Dan sesiapa yang mencari agama lain selain dari Islam, ia tidak akan sesekali diterima oleh-Nya, dan kelak di akhirat dia akan termasuk di dalam golongan orang-orang yang rugi” [Aal ‘Imran 3:85]


Dan baginda Rasulullah s.a.w. telah mengkhabarkan kepada kita bahawa sekumpulan ummatnya akan mengikuti musuh-musuh Allah di dalam sebahagian adat dan upacara mereka, dan dikhabarkan di dalam hadith riwayat Abu Sa’eed Al-Khudri r.a., yang meriwayatkan bahawa nabi s.a.w. bersabda: “Kamu semestinya akan mengikuti jalan- jalan mereka yang dating sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, hasta demi hasta, sehingga ketika mereka memasuki lubang biawak, kamu akan mengikuti mereka.” Kami berkata, “Ya Rasulullah, (adakah tuan maksudkan) Yahudi dan Kristian?” Baginda bersabda, “Adakah sesiapa lagi?!”


(Diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam al-I’tisaam bi‘l-Kitaab wa’l-Sunnah, Baab Qawl al-Nabi s.a.w. La tattabi’unna Sanan man kaana qablakum, 8/151; dan oleh Muslim di dalam Kitaab al-‘Ilm, Baab Ittibaa’ Sanan al-Yahood wa’l- Nasaara, 4/2054)


Apa yang diperkatakan oleh Nabi s.a.w. telah menjadi kenyataan dan amat meluas pada masakini, di dalam kebanyakan negara Islam. Ramai dari kalangan orang Islam mengikuti jalan musuh Allah di dalam adat dan cara hidup mereka, dan meniru mereka di dalam sesetengah upacara dan menyambut hari kebesaran mereka.



Perkara ini menjadi kian teruk dengan pendedahan media massa di kalangan orang ramai, di mana upacara dan adat orang-orang kafir disalurkan dengan bunyi- bunyian dan imej-imej dari negara-negara mereka ke dalam negara-negara Islam, menerusi TV satelit dan World Wide Web (Internet). Kebanyakan orang Islam telah terpengaruh dengan mereka.


Pada tahun-tahun kebelakangan ini, suatu fenomena baru telah meluas di kalangan remaj Islam-samada lelaki atau perempuan-yang tidak memberikan petanda yang baik. Ini ditunjukkan dengan meniru orang-orang Kristian di dalam menyambut Hari Valentine, yang telah membuatkan para ulama’ dan pendakwah menerangkan garisan syariat berkenaan perkara ini, ikhlas demi Allah, utusan-Nya, para pemimpin Islam, agar orang-orang Islam mempunyai kefahaman yang terang dan jelas berkenaan isu ini dan supaya mereka tidak terjatuh ke dalam kerosakan Aqidah yang telah Allah kurniakan ke atas mereka.


Ini adalah penerangan ringkas tentang asal-usul, perkembangan dan tujuan sambutan ini, dan tindakan yang seharusnya diambil oleh orang-orang Islam berkenaan dengannya.

Kisah Festival Cinta

Festival Cinta adalah salah satu dari festival-festival orang-orang pagan Rom, ketika paganism adalah agama yang tersebar luas lebih 17 abad yang lalu. Di dalam konsep pagan Rom, ia adalah luahan “cinta spiritual”.
Terdapat mitos-mitos yang dikaitkan dengan festival pagan Rom ini, persis orang- orang Kristian. Antara mitos yang paling tekenal adalah suatu kepercayaan orang- orang Rom bahawa Romulus, pengasas Rom, telah disusukan pada suatu hari oleh serigala betina, yang memberikan beliau kekuatan dan kebijaksanaan.


Orang-orang Rom telah menyambut perayaan ini pada pertengahan bulan Februari setiap tahun dengan festival besar-besaran. Salah satu upacara festival ini adalah pengorbanan seekor anjing dan seekor kambing. Dua remaja yang kuat dan sasa akan melumurkan darah anjing dan kambing tersebut ke badan mereka, dan mereka akan membasuh darah tersebut dengan susu. Selepas itu perarakan besar- besaran akan diadakan, dengan dua remaja ini sebagai ketua, yang akan melaui jalan-jalan. Dua remaja ini akan memiliki helaian-helaian kulit dan mereka akan memukul sesiapa yang merimtangi jalan mereka. Wanita-wanita Rom akan menyambut pukulan-pukulan ini, kerana mereka mempercayai bahawa ia dapat mencegah atau menyembuhkan ketidak-suburan.


Perkaitan Saint Valentine dengan perayaan ini


Saint Valentine adalah satu nama yang diberikan kepada dua “syahid” purba gereja Kristian. Dikatakan bahawa mereka terdiri dari dua individu, ataupun Cuma seorang, yang mati di Rom sebagai kesan dari pembunuhan ketua Gothic Cladius 296 CE. Pada 350 CE, satu gereja telah dibina di Rom di tapak di mana dia mati, sebagai tanda memori.


Apabila orang-orang Rom memeluk Kristian, mereka masih menyambut Festival Cinta di atas, tetapi mereka menukarnya dari konsep pagan “cinta spiritual” kepada konsep lain yang dikenali sebagai “syahid cinta”, diwakili oleh Saint Valentine yang telah menyokong cinta dan keamanan, yang telah menyebabkannya “syahid”, sebagaimana dakwaan orang-orang Kristian. Ia juga dikenali sebagai Hari Kekasih, dan Saint Valentine dikatakan sebagai penaung saint kekasih.


Salah satu daripada kepercayaan mereka yang berkaitan dengan festival ini ialah nama gadis-gadis yang telah mencapai umur perkahwinan mereka di atas kertas bergulung dan diletakkan di dalam pinggan kecil di atas meja. Kemudian pemuda- pemuda yang ingin berkahwin akan dipanggil, dan setiap dari mereka akan mengambil kertas tersebut. Dia kemudiannya akan berkhidmat dengan gadis yang namanya tertulis di atas kertas tersebut bagi tempoh setahun, agar mereka dapat saling berkenalan. Kemudian mereka akan berkahwin, atau mengulangi prosees yang sama pada hari festival berikut di tahun yang berikutnya.



Paderi-paderi Kristian bereaksi menentang tradisi ini, di mana mereka mengatakan bahawa ia memberikan kesan yang buruk terhadap moral pemuda-pemudi. Ia telah diharamkan di Itali, di mana ia telah dikenali ramai, dan kemudiannya diamalkan semula pada abad ke 18 dan 19, apabila terdapat di sesetengah negara- negara Barat kedai-kedai yang menjual buku-buku kecil yang dipanggil “Valentine’s books”, yang mengandungi syair-syair cinta, bagi sesiapa yang ingin memberi ucapan kepada kekasih mereka. Ia juga mengadungi cadangan dan panduan dalam menulis surat cinta.


Telah juga dikatakan berkenaan sejarah permulaan sambutan ini apabila orang- orang Kristian memeluk Kristian, selepas Kristian meluas, maharaja Rom Caludius II menetapkan pada abad ketiga CE bahawa soldadu-soldadu tidak dibenarkan berkahwin, kerana perkahwinan akan mengalihkan tumpuan mereka di dalam peperangan. Penetapan atau undang-undang ini telah ditentang kuat oleh Saint Valentine, yang telah melangsungkan perkahwinan bagi soldadu-soldadu tersebut secara rahsia. Apabila perkara tersebut sampai ke pengetahuan maharaja, baginda telah memenjaranya dan menjatuhkan hukuman bunuh. Di dalam penjara, dia (Saint Valentine) telah jatuh cinta dengan anak perempuan si pemenjara, tetapi ini adalah rahsia kerana di dalam undang-undang Kristian, paderi dan pendeta dilarang berkahwin atau jatuh cinta.

Namun dia tetap disanjung oleh orang-orang Kristian kerana pendiriannya dan pegangannya yang kukuh terhadap agama Kristian apabila maharaja menawarkan untuk mengampunkannya jika dia meninggalkan Kristian dan menyembah Tuhan-Tuhan Rom; kemudian dia akan menjadi salah seorang pengikutnya yang rapat dan baginda akan menjadikannya sebagai menantunya. Akan tetapi Valentine menolak tawaran baginda dan lebih cenderung kepada Kristian, dan kerana itu dia telah dihukum bunuh pada 14 Februari 270 CE, pada dinihari Februari 15, Festival Lupercalis. Oleh itu hari ini dinamakan sempena saint ini.


Di dalam Story of Civilization, dikatakan bahawa pihak gereja telah membuat satu kalender di mana setiap hari diperuntukkan sebagai hari perayaan salah satu daripada saint-saint. Di England, Hari Saint Valentine adalah pada penghujung musim sejuk. Apabila hari tersebut datang, menurut mereka, burung- burung mengawan di dalam hutan, dan pemuda-pemuda akan meletakkan bunga-bunga di tingkap-tingkap rumah gadis-gadis yang mereka cintai. (The Story of Civilization by Will Durant, 15/23)


Pope memperuntukkan hari kematian Saint Valentine, Februari 14, 270 CE, sebagai festival cinta. Siapa Pope? Dia adalah “arcbishop, ‘mufti’ terhebat gereja sedunia, waris bagi Saint Peter.” Lihatlah kepada “arcbishop” ini dan bagaimana dia menetapkan bagi mereka perayaan ini, yang merupakan rekaan baru di dalam agama mereka. Ini mengingatkan kita pada firman Allah s.w.t. (yang bermaksud):-


“Mereka (Yahudi dan Kristian) mengambil guru-guru dan pendeta-pendeta mereka sebagai Tuhan mereka selain Allah (dengan mematuhi mereka di dalam perkara yang mereka jadikan halal atau haram mengikut kehendak mereka tanpa diarahkan oleh Allah)…[at-Tawbah 9:31]


Telah diriwayatkan bahawa ‘Adiy ibn Hatim said: “Aku telah datang kepada Nabi s.a.w. dengan memakai salib emas di leherku. Baginda bersabda, ‘Wahai ‘Adiy, buangkan simbol ini.’ Dan aku mendengar baginda membaca dari Surah Baraa’ah [al- Tawbah] (yang bermaksud): ‘Mereka (Yahudi dan Kristian) menjadikan guru-guru mereka dan paderi-paderi mereka sebagai Tuhan selain Allah.’ Baginda bersabda: ‘Mereka tidak menyembah mereka, tetapi apabila mereka menghalalkan sesuatu mereka halalkan, dan apabila mereka mengharamkan mereka sesuatu mereka haramkan.’ (Diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan ia adalah hadith hasan)



Antara Simbol-Simbol Penting Perayaan ini


1- Menunjukkan rasa gembira pada perayaan ini, sebagaimana di dalam festival-festival utama mereka yang lain.


2- Menukar ros merah, yang merupakan luahan rasa cinta, “cinta spiritual” orang-orang pagan ataupun “cinta” orang-orang Kristian. Oleh kerana itu ia dikenali sebagai Festival Kekasih.


3- Menghantar kad-kad ucapan. Pada sesetengah kad-kad ini terdapat gambar “Cupid”, yang seperti seorang kanak-kanak dengan dua sayap, membawa busar dan anak panah. Ini merupakan dewa cinta di kalangan pagan-pagan Rom-Maha Suci Allah, jauh dari segala kepalsuan mereka dan penyengutuan mereka terhadap Allah.


4- Menukar kata-kata cinta dan keinginan di dalam kad-kad ucapan yang mereka hantar kepada satu sama lain, di dalam ayat, prosa dan frasa ringkas. Sesetengah kad mengandungi gambar-gambar komik dan lawak jenaka, dan ia selalunya mengandungi ungkapan ‘jadilah Valentineku’. Ini mewakili konsep Kristian tentang festival ini setelah ia diambil dari konsep pagan.


5- Di kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut dan pada waktu petang, di mana berlaku percampuran lelaki dan perempuan, dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada si isteri, kawan-kawan dan sesiapa yang mereka cintai.


Lihat Guru Besar kita Bersenam

LIHAT GAYA TANGKAS CIKGU ALIASA BERSENAM...

Boikot IsraelTerima kasih kepada cikgu syima kerana sentiasa membawakan aksi-aksi senamrobik yang bertenaga...lihat, guru besar kitapun begitu rancak menari...Cikgu Syima adalah pengendali tetap senamrobik setiap kali selepas perhimpunan...

Boikot IsraelBulan Februari ini guru-guru mungkin agak sibuk kerana aktiviti kokurikulum akan bermula.Paling ketara ialah Latihan rumah sukan untuk menghadapi Sukan Tahunan SKPDL pada 28 Mac 2009 (sabtu) nanti. Bagi rumah merah, mereka tentu ingin mengekalkan kejuaraan mereka berturut-turut. Oleh itu guru-guru perlulah mempersiapkan diri dari aspek fizikal dan mental...Selamat Menjalankan Tugas guru-Guru SKPDL...Lakukan yang terbaik untuk sekolah kita yang tercinta..


MEMORI SUKAN SKPDL 2008




grafik oleh: permata biru

Skill Positif Keibubapaan Berjaya Mencapai Objektif


21.2.2009 - Prgoram Kemahiran Positif Keibubapaan akhirnya berjaya dilaksanakan.seramai hampir 140 orang ibubapa telah menyertai program ini.Tahniah diucapkan..Yang tidak hadir memang rugi.
Banyak input-input baru yang dikongsi oleh Dr kepada ibubapa.

Kak Ton salah seorang ahli PIBG SKPDL 2008/09 yang begitu aktif dengan sekolah memberi pandangan nya.beliau berharap ramai ibubapa dapat berkongsi pendapat dengan pihak sekolah...Harap tahun 2009 ini kak ton menyambung lagi perkhidmatannya dalam PIBG SKPDL.
Buat pengetahuan semua KakTon merupakan sponsor utama perkakas pensil untuk murid-murid yang menghadapi UPSR 2008.Terima Kasih Daun Keladi Kak Ton.
.

Penceramah Jemputan

Dr Zasmani Bt Shafiee
Beliau juga merupakan isteri kepada Guru Besar SKPDL

[8.30pg-9.00pg: Pendaftaran]
[9.00pg-10.30pg: Slot 1]
[10.30pg-11.00pg: REHAT (makanan disediakan)]
[11.00pg-12.30tgh:slot 2]
[12.30tgh: Program Tamat]



grafik oleh: permata biru

JANGAN SEKADAR JADI PENONTON
Regim zionis semakin menggila..kita jangan sekadar menonton..ingin bantu mereka?..datang lah beramai-ramai ke program kemahiran positif keibubapaan 21.2.2009 ini dan hulurkan sumbangan ke tabung gaza.